Nak potong gaji MB dan exco gimik Pejuang

0
3

BARISAN Nasional (BN) mempersoalkan kenyataan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bercadang memotong gaji Menteri Besar dan exco jika parti itu membentuk kerajaan negeri di Johor.

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata tidak perlu untuk berbuat demikian untuk tabung kebajikan dan pendidikan kerana jumlah yang dipotong itu tidak sebesar mana dan tidak banyak dapat membantu rakyat.

Sebaliknya beliau berkata kenyataan itu lebih kepada gimik politik semata-mata menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.

“Kerana itulah rakyat sudah muak, letih dan bosan dengan politik populis sebegini. Ini semua retorik dan tidak kemanapun.

“Apa yang rakyat mahu ialah idea, agenda serta perancangan segar, baik dan besar bagaimana mahu menjadi membela dan menjaga kebajikan dan pendidikan rakyat.

“Sekadar gimik politik begini ia tidak menyelesaikan masalah rakyat. Bacalah dan lihat kandungan Ikhtiar BN Johor. Ini akan BN lakukan,” katanya.

Semalam Mukhriz dilaporkan berkata Pejuang akan memotong gaji Menteri Besar Johor sebanyak 20 peratus sekiranya parti itu membentuk kerajaan negeri.

Katanya, gaji yang dipotong itu akan disalurkan ke tabung kebajikan dan pendidikan rakyat negeri Johor.

Selain itu, parti itu merancang untuk memotong gaji exco negeri yang akan dilantik jika rakyat memilih mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here