Pemandu MPV tular rempuh motosikal ditahan

0
2

SEORANG lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan sebuah motosikal di Pandamaran Indah, Klang pagi tadi.

Kemalangan itu tular di media sosial melalui satu rakaman video memaparkan kejadian seorang penunggang motosikal dirempuh Toyota Vellfire warna putih yang kemudian meninggalkan lokasi kemalangan.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Klang Selatan dalam satu kenyataan, memaklumkan pemandu MPV berkenaan berjaya ditahan pada jam 4 petang tadi.

“Pada jam 9.05 pagi tadi, berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah MPV dan sebuah motosikal di Pandamaran Indah yang telah ditularkan di media sosial Facebook ‘Dashcam Owners Malaysia’.

“BSPT Klang Selatan telah berjaya mengesan pemandu MPV yang disyaki terlibat dengan kemalangan seperti di dalam video yang ditularkan pada jam 4 petang tadi dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

BSPT Klang Selatan memaklumkan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here