Usah melatah perbandingan Malaysia-Singapura

0
2

KETUA Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan mengesa pihak tertentu supaya tidak melatah berhubung perbandingan kemajuan dicapai antara Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata, berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2021, kedudukan Malaysia terus jatuh ke kedudukan 62 berbanding tangga 57 pada 2020.

Katanya, Singapura pula berada pada kedudukan keempat dunia, sekali gus menunjukkan bahawa kenyataan Menteri Besdar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung perkara itu adalah berdasarkan fakta, bukannya emosi.

“Untuk makluman rakyat semua, ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2017, kedudukan negara kita berada pada tangga ke-62 juga.

“Dari segi ekonomi pula, sememangnya negara kita kini berada di kelompok belakang berbanding negara-negara lain di ASEAN.

“Kita jauh tertinggal dari Singapura dari sudut ekonomi. Foreign Direct Investment (FDI) Singapura adalah USD 2,141.8 billion pada tahun 2020, manakala Malaysia sekitar USD 3.5 billion sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, DPIM berharap semua pihak baik daripada kerajaan mahupun pembangkang untuk berganding bahu memacu negara menjadi lebih baik.

“Kita harus kembali menjadi Harimau Asia, dengan berteraskan pentadbiran berintegriti, bebas rasuah, dan kurangkan berpolitik.

“DPIM yakin, negara kita mempunyai pemimpin pelapis muda yang tidak terpalit dengan sebarang skandal rasuah, salah guna kuasa dan jenayah,”katanya.

Semalam, Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS, mendakwa Singapura lebih maju daripada Malaysia kerana republik itu tidak diperintah oleh Umno dan sekutunya dalam BN.

Bagaimnapun, kenyataan Mohd Amar itu disifatkan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor sebagai gurauan kurang cerdik.

Katanya, sindiran Mohd Amar itu satu pernyataan yang tiada asas, hanyalah modal retorik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here