‘Menteri perlu jawab soalan di Parlimen, bukan sibuk berkempen’ – Anthony Loke

0
3

[Parlimen] AHLI Parlimen, Anthony Loke Siew Fook mempertikaikan ketidakhadiran Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Ka Siong dilihat lebih mementingkan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berbanding tugas hakikatnya di Parlimen.

“Tanggungjawab Menteri menjawab soalan di Parlimen, bukan sibuk berkempen sahaja. Saya pun ke Johor semalam, balik jam 2 pagi dan Setiausaha Parlimen hantar pesanan untuk saya datang awal ke Parlimen hari ini.

“Jadi saya datang awal hari ini (ke Parlimen), jangan sibuk berkempen sahaja,” katanya.

Anthony berkata demikian sebelum mengajukan soalan tambahan, dengan bertanya kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong adakah sibuk berkempen dalam PRN Johor menyebabkan Ka Siong tidak dapat hadir ke Parlimen.

Sementara itu, dalam soalan tambahan, Siew Fook ingin tahu bilakah sistem ‘e-testing’ dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bila KPP-01 akan dibuka kepada semua institut memandu yang sebelum ini dimonopoli syarikat tertentu.

Henry ketika menjawab pertanyaan itu berkata, beliau tidak perlu menjawab pertanyaan Siew Fook itu kerana ianya bersifat politik.

Siew Fook kemudian bangun semula dan berkata, hadir ke Parlimen untuk menjawab soalan adalah tugas hakiki dan ketidakhadiran Menteri Pengangkutan itu adalah fakta.

Membalas kembali kepada Siew Fook, Henry berkata, Menteri Pengangkutan tidak hadir kerana mempunyai komitmen lain.

“Komitmen di Yong Peng (Johor),” balas Siew Fook.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here