Hujan berterusan di beberapa daerah di Sabah sehingga esok

0
3

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan beberapa daerah Sabah akan mengalami hujan berterusan kategori buruk dan waspada sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini berkata, amaran hujan berterusan (buruk) dijangka berlaku di beberapa daerah Sabah iaitu Sandakan; Telupid; Kinabatangan; Beluran; Sandakan dan Kudat sehingga Khamis.

“Manakala, amaran hujan berterusan (waspada) dijangka berlaku di negeri Sabah iaitu Pantai Barat sehingga Khamis,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia berkata, amaran hujan berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedan atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150mm dalam tempoh 24 jam.

Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh 6 jam.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here