Hanez panik ditahan polis ketika berbasikal

0
4

Nurul Huda Abhar

AKTIVITI berbasikal kini menjadi “trend” dan pilihan ramai penggemar aktiviti sukan, termasuklah pelakon, Hanez Suraya yang kerap berkongsi rutin berbasikalnya bersama rakan-rakan.

Namun, Hanez mengakui panik sewaktu ditahan pihak berkuasa ketika sedang berbasikal bersama kumpulannya kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Hanez dan kumpulannya.

Pelakon drama Love You Mr. Arrogant dan rakan-rakannya panik apabila sebuah kereta peronda polis meminta mereka berhenti ketika sedang berkayuh.

Bagaimanapun, tindakan pihak polis tersebut bukanlah kerana mereka melakukan kesalahan, sebaliknya hanya mahu merakam gambar “selfie” dan memberi nasihat.

“Ini kejadian kayuh tadi. Ingatkan nak tahan kami sebab salah sebab kayuh ke apa, rupanya abang polis nak bergambar selfie dengan kami!

“Katanya risaukan kami “Kalau basikal calar tak apa, kalau muka calar macam mana?” Alahaiiii, abang polis prihatin sangat,” katanya menerusi hantaran di Instagram semalam.

Mengakui panik dengan kejadian itu, Hanez juga membuat panggilan kepada suaminya, Romie Razin Adilha untuk bantuan.

Hanez turut mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas keperihatinan mereka menjaga keselamatan masyarakat.

“Apa-apa pun saya dah cuak sangat siap telefon suami. Tak tahu lah nak gelak ke nak nangis! Ini serious ONz.

“Terima kasih @pdrmsia_official kerana prihatin terhadap kami yang berbasikal. Apa yang penting #kitajagakita untuk keselamatan bersama,” katanya. 

Ibu kepada dua cahaya mata ini mula menjadikan aktiviti kayuhan sebagai hobi sejak Jun lalu dan sering memuat naik hantaran foto aktivitinya  itu di laman sosial Instagram. -Malaysiapost