Polis cari individu bantu kes pemandu masuk lorong motosikal Jambatan Kedua Pulau Pinang

0
2
Polis Di Raja Malaysia

POLIS meminta mana-mana individu mempunyai maklumat berkenaan insiden seorang pemandu kereta memandu di laluan motosikal di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang yang tular di media sosial, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata siasatan awal telah dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

“Hasil semakan CCTV dari 3 Mac 2022 hingga 6 Mac 2022 di pejabat Jambatan Kedua SDN BHD (JKSB) tidak terkesan kejadian seperti mana yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Rizal berkata, sehubungan itu mana-mana pihak mempunyai maklumat sebenar tentang kejadian tersebut boleh berhubung dengan IPD Barat Daya di talian 04-8662222/ 04-8664122.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 31 saat menunjukkan seorang pemandu kereta dilihat memandu di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang.

Tindakan lelaki tersebut, yang memandu kereta jenis Proton Saga berwarna kelabu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang mengecam perbuatan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here