Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara

0
2

JABATAN Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di 11 negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor
Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga jam 10 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah; Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Bera).

“Manakala Selangor (Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol);Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Kulai dan Johor Bahru) dan Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri (Miri) dan Limbang.

“Termasuk Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar) dan WP Labuan sehingga 10 malam; Sabtu, 5 Mac 2022,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here