Lelaki mengamuk atas kontena ditahan

0
3

POLIS telah menahan seorang lelaki dipercayai tidak siuman selepas dilaporkan mengamuk di atas sebuah lori kontena di Taman Meru Indah, Klang hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan daripada seorang lelaki pada jam 10.58 pagi.

“Anggota polis dengan bantuan pihak bomba berjaya menangkap lelaki itu sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian lelaki berkenaan berada di atas sebuah lori kontena.

“Anggota bertugas meletakkan jentera bomba bersebelahan lori kontena tersebut bagi memudahkan pihak polis menahan lelaki berkenaan.

“Kira-kira 14 minit masa diambil bagi mengawal keadaan sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.29 pagi,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang memegang objek seperti kayu berada di atas kenderaan terbabit sambil menjerit.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here