Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

0
2

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di tujuh negeri iaitu Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Raub, Bentong dan Bera).

“Manakala Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat); WP Kuala Lumpur; dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).

“Sementara, Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya.

MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk juga diramal di Sabah: Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga jam 8 malam ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here