PRN jadi teladan seluruh negara – Tun M

0
2

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor boleh menjadi teladan dan contoh kepada seluruh negara, jika rasuah ditolak dan yang bersih dipilih, kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, kerana ia berlaku besar kemungkinan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perkara yang sama akan berlaku dan akan tamatlah kleptokrasi di Malaysia, ebaliknya dunia akan lihat kembalinya Harimau Asia.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Johor membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana ingin mendapat kerajaan yang baik dan pembubaran itu akan menjadi sia-sia jika parti-parti yang sama dari segi korupsi terutamanya dipilih semula.

“Jika kita ingin lihat perubahan kita perlu tahu siapa yang bertanding. Kita boleh bahagi parti-parti kepada dua kumpulan.

“Satu kumpulan lama yang telah tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana amat korup dan menghilangkan duit rakyat.

“Kumpulan ini dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak yang telah dihadap ke mahkamah dan didapati bersalah. Bersamanya ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya dalam surat kepada pengundi Johor.

Beliau turut berpendapat, pertukaran Perdana Menteri dari Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga tiada apa-apa kebaikan.

Dr Mahathir berkata, yang melawan dengan parti pimpinan Najib dan sekutunya ialah parti baru yang tidak ada sejarah curi duit dan salah guna kuasa iaitu parti Pejuang serta beberapa parti kecil lain.

“Di antara mereka hanya Pejuang yang meletak jumlah calon (42) yang mencukupi untuk diri kerajaan. Pejuang dipimpin oleh tokoh lama yang tolak rasuah bersama pemimpin baru yang juga bersih dari rasuah.

“Jika Pejuang dipilih maka akan berlakulah pertukaran. Dan pertukaran ini adalah dari yang buruk kepada yang bersih. Negara akan bebas dari rasuah, sesuatu yang diperjuang oleh Pejuang,” katanya.

Menurutnya, rakyat dapat kenal pasti rasuah kerana parti berkenaan mendedahkan kesalahan mereka semasa berkempen dengan Umno mendedah kesalahan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu, manakala PN/Bersatu dedah korupsi Umno.

“Jika Johor tolak rasuah dan pilih yang bersih, besar kemungkinan dalam PRU-15 perkara yang sama akan berlaku. Dan akan tamatlah kleptokrasi di Malaysia yang tercinta ini. Sebaliknya dunia akan lihat kembalinya Harimau Asia (Asian Tiger).

“Ini bukan angan-angan. Ini mampu dilakukan oleh rakyat Malaysia, bermula dengan rakyat Johor. la akan menepati sejarah perjuangan orang Melayu 60 tahun dahulu yang menghasilkan Malaysia merdeka dan maju.

“Rakyat seluruh negara memerhati PRN Johor. Berilah panduan yang baik kepada mereka. Pejuang Berprinsip,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here