Rakyat Johor bijak menilai, jangan terpedaya manisfesto PN

0
2

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan rakyat Johor bijak menilai supaya tidak terpedaya dengan manifesto Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), berkata sebelum ini Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan adalah individu yang dipertanggungjawabkan merangka manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Manifesto (PH) itu akhirnya gagal dilaksana. Pastinya sebagai Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan terlibat dalam merangka IKRAR Perikatan Nasional (PN) untuk PRN Johor yang sedang berlangsung sekarang.

“Jadi, adakah anda percaya? Pengerusi PN (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sendiri pun U-turn berkaitan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) kan?,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Muhyiddin melancarkan Ikrar PN Untuk Johor, manifesto gabungan itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan slogan ‘Demi Bangsa Johor’.

Muhyiddin berkata, PN menyediakan Ikrar berteraskan lapan tunjang utama, berpacukan 24 strategi dan berlandaskan 145 pendekatan.

Beliau yang Presiden Bersatu berkata, lapan tunjang utama yang menjadi fokus PN itu ialah kepemimpinan berintegriti dan bebas, keutuhan ekonomi Johor, keutamaan tangani kos sara hidup.

Selain itu, keprihatinan kepada rakyat, kesejahteraan sosial, kecekapan infrastruktur, merancakkan sektor pelancongan dan kelestarian alam sekitar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here