Remaja OKU mangsa kelima banjir di Kelantan

0
2

SEORANG lelaki orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran menjadikan mangsa kelima korban banjir di Kelantan, selepas ditemui lemas di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas, Kelantan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata mayat Muhamad Faizal Abd Rahman, 20, ditemukan anggota pasukan penyelamat pada jam 9 pagi.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 600 meter dari tempat dia dikhuatiri hilang,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Menurut Mohd Nasaruddin, hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Pasir Mas (HPM) mendapati punca kematian mangsa disebabkan lemas.

Katanya, seramai 29 anggota Polis dan Bomba termasuk tiga pegawai telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki OKU yang mempunyai masalah pembelajaran dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Tok Sangkut di sini, pada Selasa lalu.

Kehilangan Muhamad Faizal disedari oleh ibunya Che Fatimah Che Kob, 62, pada jam 9 pagi.

Sejak banjir melanda negeri itu pada 26 Febuari lalu empat lelaki menjadi mangsa korban iaitu seorang warga emas, dua remaja dan lelaki berusia antara 13 hingga 70 tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here