Pemimpin BN berdepan pendakwaan pegang prinsip ‘berani kerana benar’ – Zahid

0
3

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berdepan pendakwaan terpilih menggenggam prinsip ‘berani kerana benar’.

Perkara itu ditegaskan beliau kerana mendakwa musuh BN dilihat agresif memainkan sentimen kononnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bertujuan membebaskan pemimpin parti itu daripada pendakwaan mahkamah.

“Satu lagi naratif tidak logik diulang-ulang konon PRN Johor untuk membebaskan pemimpin BN daripada pendakwaan mahkamah.

“Pendakwaan mahkamah yang mereka sendiri kenakan terhadap pemimpin BN sejurus mereka menang PRU-14 pada 9 Mei 2018,” katanya menerusi Facebook.

Ahmad Zahid berkata, PRN Melaka dan PRN Sarawak terbukti tidak memberi kesan kepada mahkamah dan begitu juga pada PRN Johor ini.

Sebaliknya, beliau berkata, ia hanya memberi kesan kepada mereka yang pernah menipu rakyat, membohongi rakyat dan menang pilihan raya dengan fitnah.

“Dakyah mereka itu sebenarnya memperlihatkan kerungsingan mereka BN akan menang besar.

“Mengapa mereka jadi begitu seluruh rakyat Malaysia memahaminya natijah takut bayang-bayang sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, musuh BN juga terus cuba mencipta naratif konon PRN Johor diadakan kerana ketamakan BN dan para pemimpinnya.

Beliau berkata, BN memulangkan mandat kepada rakyat Johor untuk memilih kerajaan baharu semasa pemimpinnya sebagai Menteri Besar.

“Justeru tidak logik apabila BN dikatakan melepaskan pegangannya ekoran tamak dan mengusahakan kepentingannya.

“Pemimpin BN merupakan Menteri Besar Johor, maka tiada apa kedudukan yang boleh ‘ditamakkan’ lagi,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, BN mengembailikan mandat kepada rakyat memilih, dan berharap sebuah kerajaan parti dominan akan mentadbir negeri itu.

“Faktor utama PRN Johor perlu diadakan ekoran ketidakstabilan politik yang berlaku dalam kerajaan Johor.

“Kerajaan Johor tidak boleh berfungsi dengan pentadbirannya sentiasa diselubungi ancaman dan ugutan musuh dalam selimut.

“Segala perancangan memerlukan ehsan mereka yang sentiasa mencongak kepentingan politik dan mengugut akan tekan butang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here