Adik Anwar Ibrahim meninggal dunia

0
2

ADIK kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Allahyarham Rusli Ibrahim, 74 disahkan meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang tadi.

Namun, sehingga kini tiada makluman berhubung punca kematian Allahyarham.

Rusli merupakan anak kelima daripada sembilan beradik sering menjadi jurucakap bagi pihak Anwar sepanjang beliau berada dalam penjara. Hubungan dua beradik itu juga dikatakan sangat akrab.

Pemimpin politik turut mengucapkan takziah kepada Anwar dan keluarganya menerusi platform media sosial masing-masing termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Takziah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga atas pemergian adindanya, Tn Hj Rusli Ibrahim tengah hari tadi.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di sisi Allah SWT. Al-Fatihah,” tulis Najib. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here