Najib sindir Teresa buka laman beli belah ketika sidang Parlimen

0
2

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir tindakan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok yang melayari laman sesawang e-dagang ketika di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14, hari ini.

Menurutnya, beliau cuba bersangka baik bahawa Ahli Parlimen Seputeh itu mungkin sedang meninjau kenaikan harga barang import menerusi laman tersebut.

“Bersangka baik. Mungkin bekas menteri sawit sedang tinjau kenaikan harga barang import susulan gangguan sektor pengangkutan dunia?

“P.S. Lazada atau Shopee?,” tulisnya di hantaran Facebook.

Najib dalam hantaran itu juga memuat naik tangkap layar ciapan bekas pemimpin DAP, Wee Choo Keong di Twitter yang memaparkan bekas Menteri Industri Utama itu dikatakan sedang membuka laman laman membeli belah dalam talian ketika di Parlimen.

“YB gaji buta shopping baju kat Shopee/Lazada semasa Parlimen bersidang. Parlimen Malaysia boleh. Tak kesian rakyat kah? Sekarang Parlimen = sarkas. Penyakit MoU?,”soal Choo Keong yang juga bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Hari ini, tular video Teresa mempertikaikan tindakan polis tidak membenarkan satu program ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di Yong Peng kelmarin, dilanjutkan dilihat sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau dikatakan mengugut Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan tidak dibenarkan program yang sepatutnya tamat jam 10 malam dilanjutkan hingga ke 10.30 malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here