Khairy ‘kecek kelantan’ minta rakyat kelantan ambil vaksin, dos penggalak

0
2
khairy jamaluddin kj

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menggunakan dialek Kelantan untuk memujuk penduduk negeri itu supaya mengambil vaksin dan dos penggalak Covid-19.

Khairy berkata, beliau bimbang melihat peratus rendah bagi suntikan dos penggalak di Kelantan iaitu sekitar 22.7 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi dewasa selain kadar penggunaan kemudahan Unit Rawatan Rapi (ICU) dilihat tinggi.

“Loloni Kelate paling rendah skali ambik booster. Ambo (saya) runsing, ICU sana koho penuh. Ambo mitok sangat puok kita di Kelate pakat cocok vaksin dan booster.

“Kementerian Kesihatan (KKM) saye ore Kelate, pakat gi cocok deh,” katanya menerusi Twitter miliknya.

Khairy turut berkongsikan carta liputan dos penggalak setakat 27 Februari, Lembah Klang mencatat liputan paling tinggi 87.8 peratus dewasa telah menerima dos penggalak.

Ia disusuli Sarawak (78.8 peratus), Melaka (74.2 peratus), Negeri Sembilan (74.0 peratus), Pulau Pinang (71.5 peratus), Johor (70.5 peratus), Labuan (65.8 peratus), Perak (56 peratus) Pahang (47.5 peratus), Kedah (43.4 peratus) dan Terengganu (39.5 peratus).

Tiga negeri yang berada di kedudukan paling rendah pula adalah Perlis (36.1 peratus), Sabah (24.8 peratus), dan Kelantan yang mencatatkan liputan terendah sebanyak 22.7 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here