Najib: Abah tak sayang Johor ke?

0
2

DATUK Seri Najib Razak menyindir Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan wajah Pengerusinya sebagai ‘poster boy’ dalam strategi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

Menerusi hantaran di Facebook, Najib berkongsi gambar yang memaparkan jentera PN sedang memasang papan iklan ‘bilboard’ di sebuah kawasan di  Johor. 

Menariknya, Najib turut mempersoalkan tindakan itu dengan menyindir PN yang tidak menggunakan wajah calon Menteri Besar daripada gabungan itu. 

“Entah kenapa bukan calon Menteri Besar yang jadi poster boy PN sedangkan dia ni tak tanding PRN Johor pun.

“Tapi dah kenapa? Abah tak sayang Johor ke?,” katanya. 

Pada PRN Melaka lalu, PN menggunakan strategi kempen dengan menonjolkan wajah Tan Sri Muhyiddin Yassin di setiap bahan kempen mereka. 

Sebelum ini, Muhyiddin memutuskan untuk tidak bertanding mempertahankan DUN Gambir. 

Bekas Perdana Menteri memberikan alasan tidak bertanding kerana ingin memberi fokus pengukuhan Bersatu dan PN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here