Umpama ‘pisang goreng panas’, Fazura raih RM5.4j hasil jual tudung

0
2

“MASYA-Allah, tabarakallah. Segalanya milik Allah SWT. Koleksi Rahmat Ramadan telah terjual laris seba­nyak 200,000 helai dalam tempoh sejam,” kata pelakon popular, Nur Fazura.

Nur Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 39, berkata demikian selepas berjaya meraih RM5.4 juta dalam tempoh sejam apabila 200,000 helai koleksi tudung terbaharunya habis dijual secara online semalam.

Jualan ibarat ‘pisang goreng panas’ itu dilakukan Nur Fazura ketika menjual pakaian berkenaan yang berharga RM27 sehelai.

“Saya rasa sangat bersyukur atas sokongan orang ramai yang membawa kepada kejayaan yang sangat luar biasa ini,” katanya menerusi Instagram.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat pelakon itu termasuk rakan selebriti meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat membeli koleksi tudung terbaharu miliknya.

Pelakon Lisa Surihani antara yang tidak sempat menyambar tudung Fazura kerana sudah kehabisan stok.

Bagaimanapun Nur Fazura bermurah hati ingin menghadiahkan tudung miliknya kepada Lisa.

“Adikku mahu yang mana? Saya rela beri kepada awak tudung saya,” katanya.

Suami Nur Fazura yang juga pelakon, Fattah Amin turut menyatakan rasa syukur di atas rezeki mencurah-curah isterinya dalam ruangan komen hantaran berkenaan.

“Alhamdulillah, syukur segala pujian milik yang Maha Esa,” katanya.

Ogos lalu, Fazura pernah mencatatkan jualan RM2.16 juta selepas keluaran Tudung Fazura berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here