Pesalah imigresen warga Myanmar maut akibat Covid-19

0
2
rumah mayat covid hkl

SEORANG lelaki warganegara Myanmar yang ditahan di lokap di Pasir Mas, Kelantan atas kesalahan imigresen disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata lelaki berkenaan di Hospital Tanah Merah, Kelantan pada jam 2.22 pagi hari ini.

Menurutnya, lelaki itu ditahan anggota Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas, Kelantan semalam atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, ujian awal mendapati suspek positif Covid-19 dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

” OKT dimasukkan ke wad Covid-19, Hospital Tanah Merah Kelantan pada 25 Februari lebih kurang 4 petang dan pada 26 Februari 2022 lebih kurang 2.22 pagi, OKT disahkan meninggal dunia. Punca kematian adalah disebabkan positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan menjalani siasatan berkenaan kes tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here