Kumpulan Megaklinik Zahran terima anugerah klinik swasta terbaik

0
2

KUMPULAN Megaklinik Zahran (KMZ) beroleh kejayaan membanggakan selepas sembilan tahun beroperasi termasuk menempa nama di era pandemik Covid-19 apabila menerima pengiktirafan dalam The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award’ bagi kategori Healthcare Integrated Private Clinic

Anugerah itu diterima Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak pada majlis di Hotel Majestic Kuala Lumpur, 24 Februari lalu.

Mohd Nafidz berkata kejayaan itu adalah hasil kerja berpasukan warga kerja KMZ yang menjadi tulang belakang syarikat itu dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan dan pesakit.

“Ia sekali gus berjaya membawa jenama KMZ sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.

“Semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak dan pembakar semangat untuk warga kerja KMZ termasuk membendung wabak jahat di luar sana yang masih menjadi ancaman manusia,” katanya.

KMZ mula bertapak pada tahun 2013 dan semakin dikenali ketika dunia dilanda wabak Covid-19.

Menurut Mohd Nafidz, KMZ kini mempunyai 11 cawangan yang beroperasi di hampir seluruh negeri dan merancang untuk membuka lebih banyak premis.

“Kami sasar buka 12 lagi cawangan pada tahun ini. Jika semua menjadi seperti dirancang, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan 23 cawangan.

“Jenama KMZ menempa nama terutama ketika fasa awal pandemik melalui Zahran Covid-19 Centre yang menyediakan perkhidmatan penuh pengurusan wabak itu.

“Ia termasuk daripada saringan Covid-19 secara 24 jam dan menerusi khidmat bergerak ke lokasi. Begitu juga Pusat Penilaian Covid-19 Swasta untuk pesakit positif, pusat pemberian vaksin (PPV) dan pusat kuarantin serta rawatan Covid-19 swasta,” katanya.

Beliau turut memaklumkan perkhidmatan ditawarkan KMZ setakat ini telah membantu lebih 2 juta rakyat Malaysia berdepan pandemik Covid-19.

“Kami takkan berhenti meneruskan perjuangan ini. Pelbagai usaha akan terus dilakukan bagi membantu negara keluar daripada pandemik dan seterusnya memangkin ekonomi dalaman negara.

“Kami optimis dengan perancangan tahun ini, KMZ akan meneroka sektor ‘Medical Tourism” pula sebagai salah satu agenda utama kerana industri ini yang banyak terjejas semasa pandemik mengganas,” katanya.

Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang telah berjaya menempa jenama di peringkat nasional.

Kebangkitan syarikat bumiputera adalah penting dalam keadaan semasa negara agar sektor-sektor perniagaan dapat kembali rancak dan membangunkan pertumbuhan negara.

Ibu pejabat KMZ terletak di Bandar Baru Bangi Selangor. Selain Mohd Nafidz, isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di memegang jawatan sebagai Ketua Pemasaran dan Pengkomersilan jenama itu.

Beliau antara ‘agen’ KMZ yang kerap berkongsi kesedaran, input dan info terutama mengenai Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here