Nilai semula syarat ‘wajib booster’ masuk masjid – Ahmad Fadhli

0
2

KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berharap syarat wajib pengambilan dos penggalak untuk masuk ke masjid dapat dilakukan penilaian semula.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS beranggapan pihak yang mengenakan peraturan itu telah melaksanakan tindakan yang tergesa-gesa.

Justeru, beliau meminta penjelasan daripada pihak terbabit sama ada peraturan itu dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Memperkenalkan peraturan ‘wajib booster’ untuk masuk masjid ialah peraturan yang agak tergesa-gesa.

“Harap perlu buat penilaian semula. Adakah wujud nasihat dari KKM sebelum peraturan ini diperkenalkan? Wujudkah kajian risiko dan sebagainya?,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, media melaporkan, hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak, dibenarkan hadir menunai solat Jumaat di masjid seluruh Selangor.

Ia berikutan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan edaran ketetapan terkini berhubung kehadiran solat Jumaat di masjid seluruh negeri Selangor termasuk mewajibkan pengambilan dos penggalak.

Surat edaran bertarikh 21 Februari itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan dikeluarkan JAIS bertarikh 20 Januari lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here