Calon PKR positif Covid-19

0
2

NASIB tidak menyebelahi calon PKR yang tidak dapat masuk ke pusat penamaan calon kerana positif Covid-19.

Naim Jusri calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, didapati positif Covid-19 sebaik tiba di pusat penamaan calon.

Bagaimanapun Naim masih dibenarkan menghantar borang pencalonannya selepas diasingkan. Pencalonannya kemudian diserahkan oleh pencadangnya.

Meskipun tidak dapat menyertai pengumuman calon, Naim tetap bersyukur kerana pencalonannya diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tetap akan tertera di kertas undi.

Naim, akan berhadapan saingan empat penjuru di Bukit Gambir menentang Shah Rihan Ghani (BN), Mohd Solihan Badri (PN) dan Suraya Sulaiman (Pejuang).

Pada pilihan raya umum lalu, Bukit Gambir dimenangi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memutuskan tidak mempertahankan kerusinya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here