KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa menyaksikan pertandingan enam penjuru.
Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Ikatan Demokratik (MUDA), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Perikatan Nasional (PN), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.
Enam calon disahkan bertanding di kerusi itu adalah Ng Yew Aik (BN), Amira Aisya Abd Aziz (MUDA) dan Dr Khairil Anwar Razali (Pejuang).
Turut bertanding ialah calon PN, Loh Kah Yong, Steven Choong Shiau Yoon (Bersatu) dan calon Bebas, Adzrin Adam.
Kerusi Puteri Wangsa sebelum ini disandang bekas Ketua Bahagian Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mazlan memenangi kerusi itu dengan majoriti besar 24,959 dalam persaingan lima penjuru.
Mazlan mengumumkan keluar Bersatu pada 26 Januari lalu dan tidak menyertai mana-mana parti setakat ini, namun menyatakan sokongan kepada kerajaan BN. – Malaysiapost

