Wartawan buat liputan dikompaun RM1,000

0
2

SEORANG wartawan akhbar Cina, Wong Kian Yong, 42, dikompaun RM1,000 kerana tidak menjaga penjarakan fizikal ketika menjalankan tugas di Dewan JKR dekat Larkin, Johor, pagi tadi.

Menurut wartawan Sin Chew Daily itu, seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) datang kira-kira jam 9 pagi tadi memaklumkan dia telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dia yang terkejut dikenakan kompaun bagaimanapun tidak dapat berkata apa-apa.

“Saya terperanjat, waktu saya mahu ambil nombor telefon calon, tiba -tiba orang datang cakap saya langgar SOP.

“Tawaran kompaun itu sebanyak RM1,000, tetapi saya sedikit kecewa kerana bukan saya sahaja ramai. Lagipun kita jalankan tugas.

“Saya memang tidak menjagka keadaan yang berlaku seperti ini,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaGazette.

Dia yang kecewa dengan apa yang berlaku bagaimanapun tetap meneruskan tugasan yang diberikan walaupun mengakui sedikit terganggu.

Sementara itu, wartawan portal Malaysia Gazette Khairul Anuar Yahaya, 47, pula dikenakan amaran terakhir kerana didapati tidak menjaga jarak ketika menjalankan tugas.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula dengan proses penamaan calon bagi semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pagi ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here