4 daerah di Kelantan dilanda banjir

0
2

EMPAT daerah di Kelantan dilanda banjir menyebabkan 881 mangsa daripada 242 keluarga terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi tadi.

Daerah terbabit ialah Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas, dengan sejumlah 21 PPS sudah dibuka.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat PPS dibuka di Kuala Krai, Tanah Merah (lapan), Jeli (lapan) di Jeli dan Pasir Mas (satu).

Mangsa banjir yang dipindahkan itu meliputi 294 lelaki dewasa, 304 wanita dewasa, 262 kanak-kanak dan 21 bayi.

Jeli mencatat bilangan mangsa banjir paling ramai membabitkan 535 orang, diikuti Tanah Merah (192), Kuala Krai (136) dan Pasir Mas (18).

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Mohd Adni Ibrahim, berkata kebanyakan mangsa berpindah awal ke PPS selepas melihat paras air semakin meningkat di kawasan kediaman mereka.

Beliau berkata, pihaknya turut membantu mangsa banjir yang terperangkap di lokasi sukar dan air deras.

“Kita bersama pasukan keselamatan yang lain sentiasa membuat pemantauan berikutan jumlah mangsa di Jeli adalah lebih ramai berbanding daerah lain.

“Kita juga memberi peringatan kepada penduduk supaya sentiasa bersedia dan berpindah awal ke tempat yang selamat untuk mengelakkan mereka terperangkap di dalam rumah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here