Pantai Timur kembali dilanda banjir

0
2

SERAMAI 1,252 mangsa banjir dipindahkan ke 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua negeri Pantai Timur yang dilanda bencana berkenaan hari ini 

Banjir di Kemaman, Terengganu

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara di portalbencana.nadma.gov setakat jam 8 malam tadi, melaporkan enam negeri terjejas adalah Terengganu dan Kelantan.

Terengganu paling teruk terjejas dengan empat daerah dilanda banjir iaitu Besut, Hulu Terengganu, Kemaman dan Setiu membabitkan 1,237 mangsa daripada 339 keluarga dipindahkan ke 22 PPS.

Banjir di Pantai Timur

Manakala Kelantan membabitkan 15 mangsa daripada enam keluarga yang dipindahkan di satu PPS di Kuala Krai iaitu Masjid Lama Keroh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here