Gempa bumi kuat di Indonesia, gegaran hingga ke Semenanjung

0
2

GEMPA bumi kuat berukuran 6.1 magnitud dilaporkan berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada jam 9.39 pagi tadi, sekali gus gegaran turut dirasai beberapa negeri di Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi kenyataan memaklumkan bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Menurut MET Malaysia, kejadian gempa bumi tersebut berlaku pada koordinat 0.2 darjah Utara dan 100 darjah Timur.

“Gegaran dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata hantaran itu hari ini.

Sementara itu, beberapa ciapan pengguna Twitter memaklumkan turut merasai gegaran disebabkan gempa bumi tersebut.

Menurut Akmalnoman97, beliau sangat terkejut apabila merasai gegaran ketika berada di tapak pembinaan.

“Aku dekat site tadi tengah buat kerja tiba-tiba gempa bumi, bergegar teruk,” ujarnya.

Gegaran juga turut dirasai mereka yang berada di Putrajaya, dan beberapa bangunan tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Tengah berehat tiba-tiba bergegar tingkat 12. Aku ingat vertigo rupanya gempa bumi,” kata Anazhd. – Malaysiapost

Foto : Pengguna Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here