Saya adalah gadis PowerPoint – Nooryana

0
2
Nooryana Najwa Najib daughter of the former Malaysian prime minister Najib Razak leaves the Malaysian Anti-Corruption Commission headquarters in Putrajaya, outside Kuala Lumpur on June 5, 2018. Nooryana came to the anti-graft agency to support her mother Rosmah Mansor wife of Najib being probed over allegations of corruption. / AFP PHOTO / Mohd RASFAN

NOORYANA Najwa, anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengesahkan dia pernah cuba mendapatkan pekerjaan dengan Goldman Sachs.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Nooryana mengakui pernah bertemu dua bekas pekerja Goldman Sachs, Roger Ng dan Tim Leissner dan memaklumkan mengenali mereka sebagai sebahagian usaha untuk mendapatkan “pekerjaan yang kompetitif”.

Dia juga mengakui dia berminat dengan Goldman Sachs kerana mahu peranan yang melibatkan kewangan dan dasar kerajaan memandangkan dia belajar politik antarabangsa dan dasar luar di universiti.

“Ya saya ada bertanya jika Goldman Sachs mempunyai peranan antara disiplin sedemikian. Saya bersedia untuk ditemu duga.

“Dan ya, saya diberitahu Goldman Sachs menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia jadi ia boleh menjadi konflik kepentingan,” katanya.

Susulan itu, Nooryana berkata Leissner “memperkenalkannya” kepada TPG, iaitu sebuah firma ekuiti persendirian yang menurutnya syarikat tersebut sesuai dengan latar belakangnya dalam bidang polisi.

“Saya pergi temu duga untuk jawatan penganalisis intern di pejabat TPG London. Ya, seorang pelatih. Ini bermakna anda berada di bahagian bawah rantai makanan. Selain skop kerja teras anda, anda juga bertanggungjawab untuk spadework.

“Anda ialah gadis PowerPoint, gadis fotostat, gadis kopi dan gadis penghantar hanya untuk menamakan beberapa (tugasan),” katanya.

Nooryana memaklumkan dia bekerja 11 bulan sebagai pelatih sebelum dinaikkan pangkat sebagai penganalisis sepenuh masa dan dipindahkan ke TPG Hong Kong dan
meletak jawatan selepas 18 bulan kerana mahu fokus kepada perniagaannya dan melanjutkan pelajaran.

Kelmarin, Leissner memberitahu Mahkamah Daerah Timur New York bahawa dia dimaklumkan oleh Jho Low bahawa Najib mahu tiga anaknya diberikan pekerjaan di Goldman Sachs.

Leissner berkata dia menyokong idea berkenaan kerana Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu, “berpotensi menjadi orang penting untuk Goldman Sachs.

Leissner ialah saksi utama dalam perbicaraan terhadap pegawai bawahannya Roger Ng, yang dituduh melakukan pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah berhubung urus niaga 1MDB.

Semalam Najib menegaskan tiada seorang pun anaknya pernah ditawarkan untuk bekerja atau bekerja di Goldman Sachs.

Bekas Perdana Menteri itu berkata walaupun tajuk berita media tempatan memberi bayangan beliau disogok oleh Goldman Sachs yang menawarkan anak-anaknya bekerja di bank tersebut, apa diterangkan Leissner ialah cubaan mereka untuk menyogok beliau.

“Namun ini tidak berlaku dan tiada seorang pun anak saya pernah ditawarkan pekerjaan di Goldman Sachs dan tidak pernah bekerja di bank Amerika Syarikat itu. (Itupun tawaran untuk bekerja, ya – bukan tawaran diberi projek-projek ataupun suapan wang.).

“Lalu Tim Leisnner pernah perkenalkan anak perempuan saya untuk memohon kerja di syarikat TPG Capital di Hong Kong yang tiada kaitan dengan Goldman Sachs.

“Dan anak saya memang pernah bekerja selama setahun sahaja dengan jawatan junior di situ,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here