Ismail Sabri temui PM Kemboja esok

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pertemuan dengan rakan sejawatnya di Kemboja sempena lawatan rasminya ke negara jiran itu akan tertumpu kepada pelbagai usaha mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Beliau berkata, pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen akan diadakan di Peace Palace Phnom Penh pagi esok dalam majlis sambutan rasmi.

“Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh Kemboja bagi lawatan rasmi sulung selama dua hari.

“Ketibaan disambut oleh Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Othsman Hassan, mewakili Kerajaan Kemboja. Lawatan rasmi ini atas jemputan Perdana Menteri Kemboja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, selain pengukuhan hubungan dua hala, isu ekonomi dan pembukaan sempadan kedua-dua negara serta isu-isu serantau juga akan dibincangkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here