Mohd Khairuddin kekal setia bersama Pas

0
2

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, menegaskan beliau tetap kekal setia bersama Pas walaupun tidak lagi memegang jawatan utama dalam parti.

Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, berkata beliau juga akan turun bersama jentera Perikatan Nasional (PN) untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Saya masih Ahli Parlimen, masih memegang beberapa jawatan kecil dalam parti dan sebagai ahli parti, saya akan turun berkempen di Johor.

“Sebagai Ahli Parlimen PAS, kita diwajibkan untuk turun padang. Pada PRN Melaka pun saya turun padang, samalah di PRN Johor,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau yang juga Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat PAAB bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, di Seri Negeri, hari ini.

Pada 14 Januari lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan pengguguran Mohd Khairuddin daripada barisan Jawatankuasa PAS Pusat selepas kira-kira dua bulan dilantik.

Beberapa minggu selepas itu, Abdul Hadi turut menggugurkan jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama yang disandang Mohd Khairuddin berikutan masalah disiplin yang tidak diperincikan.

Mohd Khairuddin menegaskan tidak pernah kecewa dengan tindakan parti ke atasnya kerana yakin dengan hikmah di sebaliknya.

“Tidak ada istilah kecewa dalam kehidupan seorang pejuang politik seperti saya kerana di hadapan kita, banyak perkara yang perlu dibuat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here