PENYANYI terkenal Indonesia, Krisdayanti mengumumkan kelahiran cucu pertamanya apabila anaknya, Aurel Hermansyah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 7.40 pagi tadi.
Bayi digelar ‘baby A’ itu merupakan hasil perkongsian hidup Aurel dengan YouTuber sensasi Indonesia, Atta Halilintar.
Berita gembira itu dikongsi Krisdayanti, 46, menerusi Instagram miliknya sebentar tadi sambil meluahkan rasa syukur atas segalanya yang berjalan dengan lancar.

“Bismillahirahmanirahim ass wr wb… Alhamdulillah telah lahir cucu kesayangan kami cahaya sempurna bagi keluarga, berjenis kelamin perempuan, tanggal 22 Februari 2022 jam 07.40 waktu Indonesia (WIB).
“Selamat kepada yang saya cintai suamiku, ananda Atta dan aurel, yang saya hormati bapak ibu Halilintar, bapak ibu Anang Hermansyah-Ashanty dan seluruh keluarga yang berbahagia.
“Saya aturkan terima kasih yang teramat di atas segala perhatian dan doanya,” tulisnya.
Krisdayanti mempunyai dua anak termasuk Aurel, 23, hasil perkahwinannya dengan penyanyi Anang.
Bersama suaminya kini, Raul Limos, penyanyi itu mempunyai dua lagi anak iaitu Ariannha Amora Lemos, 10, dan Kellen Alexander Lemos, 9. – Malaysiapost

