Hishammuddin positif Covid-19

0
2

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein disahkan positif Covid-19 hari ini.

Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam kenyataan, memaklumkan Hishammuddin kini diperintahkan menjalani isolasi wajib.

“Sebagai individu yang telah menerima dos penggalak, beliau akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, kali terakhir Hishammuddin menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif Covid-19 pada 18 Februari lalu.

“Beliau akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” katanya.

Pejabat Menteri Kanan Pertahanan berharap orang ramai dapat mendoakan Hishammuddin serta setiap individu yang dijangkiti wabak Covid-19 dikurniakan kesembuhan Allah SWT. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here