Tanam roh Rukun Negara dalam hati murid bukan suruh hafal sahaja, Uncle Kentang ‘ajar’ guru

0
2

AKTIVIS masyarakat Kuan Chee Heng mahu guru menanam roh Rukun Negara dalam hati setiap murid untuk melahirkan modal insan bagi memajukan lagi negara dalam pelbagai aspek.

Beliau yang lebih dikenali sebagai sebagai Uncle Kentang berkata guru tidak seharusnya memfokuskan kepada mengajar murid untuk menghafal Rukun Negara semata-mata.

“Saya rasa 80 peratus orang tidak boleh hafal, kalau ya pun tiada roh apa guna.

“Kita kena bersama dalam roh Rukun Negara,” katanya di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Chee Heng mahu guru menanam roh itu dari bangku persekolahan supaya golongan masa depan boleh mempraktikkan mesejnya.

“Kalau setakat baca, macam kita hafal sesuatu tetapi tidak praktis besar kepada negara dan modal insan negara,” katanya lagi.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here