Guna ‘dalil’ nak hancurkan Umno – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin kini terdesak hingga mengeluarkan ‘dalil’ menyeru ahli Umno meninggalkan parti itu dengan mendakwa ia adalah satu ibadah.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa, tindakan berkenaan dilakukan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu selepas gagal menghancurkan Umno melalui ‘scheme of things’ iaitu melalui sogokan.

“Tu dia. Dulu, cubaan ‘scheme of things’ untuk menyogok dia tak berjaya hancurkan Umno.

“Kini dia cuba keluarkan dalil pula,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau mengulas mengenai ucapan Muhyiddin dalam Majlis PN Negeri Johor di Padang Awam, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi, semalam yang menyeru ahli Umno meninggalkan parti itu dan PN.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, adalah harus dan mungkin hukumnya sunat serta dapat pahala, kerana hijrah meninggalkan yang mungkar dan menyertai mereka yang menegakkan kebenaran adalah satu amal dan ibadah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here