Polis buka siasatan tatatertib terhadap anggota ‘tayang’ gari

0
2

SIASATAN tatatertib dibuka ke atas anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju yang menayangkan gari ketika memandu kereta Proton Persona di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, sehingga tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad, berkata siasatan selari tatatertib dijalankan di peringkat IPD di mana tempat dia bertugas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, individu terbabit adalah anggota berpangkat Lans Koperal dan bertugas di IPD itu.

“Saya sahkan anggota itu dari IPD Wangsa Maju berpangkat Lans Koperal.

“Siasatan tatatertib dibuka atas salah laku dari aspek disiplin dan integriti,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan polis sedang menyiasat penularan video pemandu Proton Persona menayangkan gari ketika melalui jalan raya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di lokasi Jalan Tun Razak menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Rakaman berdurasi dua minit 21 saat tersebut memaparkan pemandu kenderaan berwarna perak itu membuka tingkap lalu memusing-musingkan gari beberapa kali. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here