Jangan terus biarkan Malaysia jadi negara ASEAN tunggal tanpa 5G – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kelajuan internet mobile Malaysia jatuh ke tahap paling perlahan di ASEAN sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan rancangan 5G Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pembatalan itu dilakukan PH kononnya bagi membuat kajian, di samping itu kerajaan Perikatan Nasional (PN) pula asyik membuat pusingan-U berkenaan perkara tersebut.

“… dan akhirnya memutuskan untuk membina monopoli infrastruktur 5G mobile melalui syarikat milik kerajaan Digital Nasional Bhd (DNB).

“Pada ketika ini juga, infrastruktur 5G yang dibina DNB masih tidak diluluskan oleh syarikat Apple dan Samsung,” katanya menerusi Facebook.

Najib berkata, beliau berharap kerajaan hari ini akan memperbetulkan keadaan itu dengan secepat mungkin agar Malaysia tidak lagi merupakan satu-satunya negara di ASEAN tanpa perkhidmatan 5G.

“Apa ertinya bagi Rakyat Malaysia membeli smartphone dan peranti 5G terbaru yang canggih tapi kita tidak ada 5G?,” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here