Kes harian Covid-19 diumum sehari kemudian – KJ

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

JUMLAH kes harian jangkitan baharu Covid-19 tidak akan diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari sama, sebaliknya hanya akan diumumkan pada 10 pagi hari keesokannya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata perubahan daripada laporan harian Covid-19 itu dilakukan supaya data jangkitan dapat diumumkan bersama data lain seperti kemasukan ke hospital.

Beliau berkata, ia juga bagi mengurangkan ‘fear factor’ kes harian setiap hari.

“Ini adalah perubahan budaya bagi kita. Jangan tunggu 3 petang (setiap hari) Tan Sri KPK (Ketua Pengarah Kesihatan) press statement (siaran media) lagi.

“Ia akan bersama dengan data lain. Ini adalah perubahan tingkah laku dan ‘mindset’.

“Secara perlahan kita mendidik masyarakat iaitu daripada hanya melihat kes harian kepada angka-angka yang lain untuk boleh memberikan gambaran lebih jelas dan teliti mengenai keadaan sebenar,” katanya pada sidang media hibrid, hari ini 

Khairy berkata, amalan itu juga dilaksanakan di negara lain seperti contoh Singapura yang umumkan kes harian Covid-19 pada tengah malam.

“Jadi saya harap dari segi jadual laporan agensi berita juga boleh mula membuat perubahan berkenaan seperti yang sudah pun kita tetapkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here