AirAsia tawar e-hailing udara, KLIA-KL Sentral 11 minit

0
2

AIRASIA menawarkan perjalanan udara menggunakan pesawat Electric Vertical Take-off And Landing (eVTOL) kepada pengguna perkhidmatan e-hailing.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes semalam menerusi Instagram miliknya.

Beliau berkata, sebelum ini perkhidmatan e-hailing mereka yang dikenali sebagai AirAsia ride, hanya membuat penghantaran menggunakan kenderaan darat.

Namun, katanya, kini AirAsia telah menaiktaraf perkhidmatan itu, bukan hanya di darat tetapi juga di udara.

Tambahnya, perkhidmatan itu akan bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke KL Sentral dengan hanya mengambil masa 11 minit.

“AirAsia Ride kini berada di udara. Bakal bermula (dari) KLIA ke KL Sentral hanya 11 minit!,” katanya.

Semalam, media melaporkan
Capital A Bhd melalui cabang perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara menyediakan perkhidmatan ‘teksi terbang’ atau seru pandu (ride hailing) udara.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata perkhidmatan seru pandu udara yang dijadual disediakan di Malaysia dan beberapa negara serantau lain bermula 2025 itu mampu memberikan penjimatan masa sehingga 60 peratus serta memberikan keselesaan kepada penumpang

AirAsia menandatangani kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL.

Persefahaman itu sekali gus mentransformasi perkhidmatan e-hailing dan perjalanan udara dengan sistem lebih canggih yang ditawarkan buat pelbagai segmen serta sasaran pengguna. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here