POLIS akan merekod keterangan Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohamaddin Ketapi, berhubung dakwaan pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu sebagai sandiwara, dalam masa terdekat.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata percakapan Mohamaddin akan dirakam pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman yang berada di Sabah.
“Pasukan USJT Bukit Aman memang ada di Sabah kerana penugasan Pilihan Raya Negeri (PRN)
“Pihak terbabit akan mengambil kenyataan beliau di negeri berkenaan dalam masa terdekat dan apabila keadaan mengizinkan.
“Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya seperti dilapor BH.
Sebelum ini, polis menerima lebih 40 laporan terhadap bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama bagi Parti Warisan Sabah (Warisan) pada PRN Sabah kali ini. – Malaysiapost

