Promas tandatangani Mou Hari Usahawan Negara 2022

0
2

PERSATUAN Perniagaan Promas Antarabangsa Malaysia (Promas), menandatangani memorandum (MoU) dengan Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) sebagai rakan strategik bagi menjayakan Hari Usahawan Negara (HUN 2022).

Presidennya Datuk Chong Chong Tik berkata, menerusi kerjasama itu pihaknya akan membawa kira-kira 100 ahli dan 100 produk dari China dan Taiwan untuk menyertai HUN 2022.

“Saya akan cuba membawa masuk 100 ahli Promas dan 100 produk dari luar negara seperti China dan Taiwan untuk menyertai pameran di HUN 2022.

“Produk yang akan dipamerkan ialah makanan, minuman, herba tradisional dan pelbagai barangan lain,” katanya pada majlis MoU bersama DPUKM di ibu pejabat Promas, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, MoU ditandatangani oleh Chong Tik dan Timbalan Presidennya, Raymond Y K Liew bersama Presiden DPUKM, Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor.

Sementara itu, Chong Tik berkata, Promas juga akan mengadakan jerayawara mempromosikan HUN 2022 di beberapa negeri termasuk Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak mulai Jumaat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here