Covid-19: Jangkitan terus meningkat, catat 22,133 kes baharu

0
2

KES baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 22,133 kes hari ini, berbanding 21,315 kes semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 3,083,683 sejak wabak berkenaan melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, 146 kes atau 0.66 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5.

“Manakala 21,987 kes (99.34 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, kategori 1 membabitkan 5,831 kes (26.34 peratus), kategori 2 sebanyak 16,156 kes (73 peratus) dan kategori 3 pula adalah 102 kes (0.46 peratus).

“Kategori 4 sebanyak 24 kes (0.11 peratus) dan kategori 5 sebanyak 20 kes atau 0.09 peratus,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here