Myanmar tarik diri, Malaysia B23 menang percuma

0
2

SKUAD Harimau Malaya bawah 23 tahun (B23) negara diisytihar menang tanpa perlu mengeluarkan peluh hari ini.

Ini berikutan perkembangan terkini yang melaporkan lawan sulung skuad negara, Myanmar menarik diri daripada Kejohanan Kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bawah 23 tahun hari ini.

Situasi semasa itu dilapor Astro Arena yang mendakwa Myanmar terpaksa menarik diri susulan tidak memiliki bilangan pemain yang mencukupi akibat penularan Covid-19.

“Myanmar tarik diri sebab tak cukup pemain menjadikan Malaysia menang tanpa bertanding. Kejohanan AFF bawah 23 tahun diteruskan.

“Skuad B23 ketika ini sedang menjalani latihan sebagai pilihan kedua sebaik perlawanan pada hari ini dibatalkan,” ciap Astro Arena menerusi Twitter hari ini.

Tindakan Myanmar itu mengikut jejak Indonesia yang terpaksa melupakan kejohanan tersebut berikutan hampir keseluruhan skuad dijangkiti Covid-19.

Aksi Malaysia B23 menentang Myanmar sepatutnya bermula jam 4 petang tadi yang dijadual disiarkan secara langsung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here