SEBANYAK 11 kes lagi kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan di negara ini semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 32,125 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, lima daripada 11 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 15,337 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 143,076 individu atau 91.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 6,118 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 6,292 kes dirawat di hospital dan 187 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 109 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

