Polis cari pemandu tayang gari

0
2

POLIS sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Proton Persona selepas bertindak menayangkan gari kepada pemandu lain yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya, berkata pihaknya mengesan satu video berdurasi tiga minit yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Viralmeletop yang menunjukkan telah berlaku perselisihan faham melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tun Razak, di Kuala Lumpur.

“Susulan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terlibat sebaik sahaja video tersebut tular.

Siasatan akan dijalankan berkenaan kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Delhan berkata, sehubungan itu pihaknya memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Kita nasihatkan orang awam agar tidak melakukan apa-apa perkara serta tindakan yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada IPD Dang Wangi ditalian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur ditalian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Terdahulu, Malaysiapost melaporkan sebuah rakaman video pemandu Proton Persona menayangkan gari ketika melalui jalan raya menerima reaksi netizen di media sosial.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di lokasi Jalan Tun Razak menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Rakaman berdurasi dua minit 21 saat tersebut memaparkan pemandu kenderaan berwarna perak itu membuka tingkap lalu memusing-musingkan gari beberapa kali. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here