Rakyat Johor terkesan akibat salah pilih kerajaan negeri – Shahrir

0
2
Grafiti sejarah kemerdekaan dilukis di bawah terowong Jalan Sultan Abdul Samad.

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abd Samad menyifatkan rakyat Johor telah serik memilih sebuah kerajaan yang tidak mampu mengurus tadbir negeri dengan baik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) memiliki kelebihan momentum pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini berbanding PRU14 lalu.

Jelasnya, perkembangan itu adalah peluang kepada BN menawarkan agendanya kepada pengundi dengan lebih mudah untuk diterima rakyat dengan penyampaian yang berkesan.

“Suasana politik negeri Johor pada PRN ini adalah lebih mesra BN berbanding pada ketika PRU14.

“Ini adalah kerana setelah BN dihukum oleh pengundi pada PRU14, selain BN redha dengan hukuman itu, rakyat Johor juga terkesan dari sebuah kerajaan PH yang tidak berkemampuan mengurus tadbir negeri Johor,” katanya di Facebook, hari ini.

Selain itu, Shahrir berkata, faktor calon yang ditampilkan BN bakal menentukan kemenangan gabungan itu pada PRN Johor, 12 Mac nanti.

“Tawaran kepada pengundi Johor akan termasuk juga calon-calon yang diketengahkan.

“Barisan calon-calon BN harus, pertamanya, mempunyai kredibiliti untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang mampu melaksanakan agenda yang dijanjikan dalam manifesto PRN parti.

“Keduanya, agenda itu adalah suatu yang munasabah dan dalam kemampuan kerajaan negeri untuk dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor

Sementara, hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here