HSA siasat kes remaja bengkak tangan

0
2
Petugas menyuntik vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

KEADAAN anak kepada seorang pemandu teksi yang dikatakan mengalami bengkak tangan selepas mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 dan terpaksa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru seperti video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, kini dilaporkan bertambah baik.

Pengarah HSA Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengurusan hospital juga sudah menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Merujuk kepada rakaman video berdurasi dua minit 51 saat yang tular di TikTok Bengkelsetiasepakat, pihak pengurusan hospital telah menjalankan siasatan.

“Pesakit Mohamad Firdaus Rosli, 18 didapati telah hadir di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSA pada 8 Februari lalu jam 10.11 malam dengan sakit badan dan bengkak di tangan.

“Keadaan pesakit adalah stabil semasa menerima rawatan. Pesakit telah dibenarkan pulang kira-kira jam 11 malam dan telah menerima rawatan sewajarnya di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSA,” katanya.

Sementara itu, menurutnya berdasarkan semakan bersama keluarga pesakit pada jam 3.25 petang hari ini, keadaan pesakit bertambah baik dan bengkak ditangan telah susut.

Terdahulu tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki yang juga pemandu teksi mendakwa anaknya mengambil vaksin pada waktu pagi dan mengalami sakit badan serta bengkak tangan.

“Tadi pagi dia suntik, petang bengkak dan malam dia (anak) dah tak boleh tahan. Itu saya hantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HSA,” kata lelaki terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here