Uncle Kentang marah, sindir ahli politik nak jadi PM

0
4

AKTIVIS masyarakat, Uncle Kentang atau Kuan Chee Heng hari ini menarik perhatian warganet apabila memuat naik hantaran sinis, dipercayai sindiran kepada ahli politik yang berhasrat menjadi Perdana Menteri ketika negara masih dilanda wabak Covid-19.

Hantaran itu mendapat ratusan perkongsian dan komen, rata-rata menyokong apa yang dinyatakan beliau.

“Siapa tak cukup kerusi untuk jadi Perdana Menteri… nak sewa, sila call 019 1234567890.

“Kita akan bantu anda untuk cukupkan kerusi dibawa ke Istana Negara,” katanya yang turut memuat naik gambar kerusi plastik berwarna merah dan biru disusun tinggi.

Uncle Kentang

Chee Heng turut meluahkan rasa marah terhadap ahli politik yang berebut mahu menjadi Perdana Menteri ketika negara mengalami musibah, sambil menyifatkan ia sangat memalukan.

“Rakyat tak akan sokong orang seperti kamu ini. Sila malu sikit pada rakyat. Kalau kamu tak tahu apa itu malu sila check dengan Dewan Bahasa. Please.”

Tengah hari tadi, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga memaklumkan akan menyembah kepada Yang di-Pertuan Agong senarai Ahli Parlimen yang menyokongnya. – Malaysiapost