MUDA mungkin tak bertanding di Puteri Wangsa – Syed Saddiq

0
2
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) membayangkan untuk tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima rungutan daripada PKR meskipun pada awalnya mendapat laluan daripada Amanah untuk bertanding di DUN berkenaan.

Berikutan itu Menurutnya, rundingan terpaksa dilakukan semula sebelum keputusan akhir dimuktamadkan.

“Saya menghormati pandangan sahabat dan terima kritikan ini dengan hati terbuka.

“Saya sudah hubungi Setiausaha Agung MUDA untuk berhubung dengan wanita PKR Johor untuk cari kesepakatan, minta nasihat juga, pimpinan MUDA jangan ego.

“Jika tidak dapat diselesaikan, hormati hak mereka untuk bersuara untuk tidak bersetuju dan kita teruskan gerak kerja,” katanya dalam program Sesi Syed Saddiq Tanpa Tapis di pejabatnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, malam tadi.

Terdahulu, Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Amanah menyerahkan kerusi yang berpotensi dipertahankan kepada MUDA pada PRN Johor, 12 Mac depan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, PKR memenangi DUN Puteri Wangsa dengan majoriti 14,000.

MUDA akan bertanding buat kali pertama dalam PRN Johor akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

DUN Puteri Wangsa adalah salah satu daripada enam kerusi yang diserahkan Amanah dan DAP kepada MUDA untuk ditandingi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here