PRN Johor: Keutamaan yang silap – Akmal Nasir

0
2

KOS sebanyak RM96 juta bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat sewajarnya digunakan bagi membantu rakyat yang sedang dihimpit kenaikan harga barang ketika ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata anggaran kos berkenaan bukanlah sedikit dan itu tidak termasuk kos PRN sebelum ini.

“Saya cukup ralat dan kesal dengan pengumuman anggaran kos PRN Johor kali ini yang menelan belanja sebanyak RM96 juta.

“Itu belum kira lagi kos PRN sebelum ini seperti PRN Sabah sebanyak RM140 juta dan PRN Melaka sebanyak RM40 juta. Kalau dicampur semua ni fuhh RM276 juta.

“Tatkala rakyat dihimpit dengan harga barang naik, mereka ni senang-senang nak guna ratus-ratus juta ringgit wang rakyat, duit kamu semua, untuk ‘berpesta’ rebut kuasa pula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kalau benar ingin membantu rakyat, duit rakyat ratusan juta ringgit itu boleh saja digunakan untuk bantu balik rakyat.

“Di Selangor, kerajaan negeri boleh bagi harga ayam murah kepada rakyat hanya dengan beri peruntukan RM1 juta sahaja, bayangkan kalau kos RM276 juta ini kerajaan guna untuk bantu juga rakyat dapatkan harga ayam yang lebih murah.

“Itu pun belum kira lagi subsidi dedak untuk penternak kita ni, kalau kerajaan punyai hati perut bantu penternak-penternak dengan peruntukan untuk PRN ini, tidaklah masalah kehabisan stok ayam dan telur seteruk sekarang ini berlaku,” katanya.

Beliau berkata, jika dilihat dari segi bantuan kepada rakyat sebelum ini jumlahnya adalah lebih kecil daripada jumlah keseluruhan kos PRN.

“Kos bakul makanan waktu zaman PM8 pun RM170 juta, bajet KPKT untuk bantuan pasca banjir pun RM60 juta sahaja.

“Jumlah bantuan untuk rakyat teramai ni pun lebih kecil daripada jumlah keseluruhan PRN pesta rebut kuasa mereka ini. Eh banyak lah benda boleh buat tolong rakyat dengan duit ratus ratus juta tu daripada buat PRN.

“Apa ada hal, duit RM276 juta tu duit kita kan. Jangan biarkan lagi mereka sesuka hati gunakan wang milik kita,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here